Monday, April 4, 2016

KAU PENCURI

- aku tak kisah siapa pun kawan aku, pencuri ke, perompak ke, apa pun agamanya itu hak mereka.
jahat atau baik itu cara mereka. kita tidak boleh terus menghukum mereka dengan penilaian kita terhadap mereka. sebab kita pun lompang sana sini, tiada manusia yang sempurna...

~ tapi, cari kawan yang baik untuk jadi baik. kawan boleh mempengaruhi kita. nanti kau akan terpengaruh.

- tengok! kita boleh menilai, tapi tidak menghukum. biar tersilap ampun, jangan tersilap hukum. aku kawan dgn kau dah lama tak der pun terpengaruh. sedangkan dah nyata kau tu seorang PENCURI.

~ WHAT?!... pardon me.

- kau tu pencuri, dah banyak kali kau curi hati aku, tapi aku tak curi hati kau. jadi... aku tak terpengaruh bukan.

Monday, February 29, 2016

DIA SEBENARNYA SEPERTI RESMINYA SIFAT SESUMPAH,

dia bukan seperti orang yang aku pernah kenal,
dulu...
dia seorg yang naif,
dia seorg yang tunduk,
dia seorg yang menurut,
dia seorg yang menyenangkan...
dia berubah menjadi sesorg yang cukup berbeza...
bertahun mengenalinya seolah-olah hanya dalam mimpi...

'dia tak pernah berubah, cuma antara mengenali dengan jelas atau sebaliknya. kerana dia seorg pelakon yang hebat... dia mengarahkan jalan ceritanya dan melakonkannya mengikut persekitaran. seperti sifat SESUMPAH.
DIA MUSUH DALAM SELIMUT.
DIA GUNTING DALAM LIPATAN,
DIA API DALAM SERKAM,
DIA SEMBILU YANG BERBISA, aman selagi tidak menyentuhnya, namun bila tersentuh ianya melumpuhkan semua yang ada.
dan bila dia menginginkan sesuatu, dia akan mendapatkannya.
betul atau salah jalannya itu bukan sesuatu, yang penting hasilnya.
hatinya telah lama mati, dia pelakon yang hebat.
kononnya mengalah, kononnya patuh, kononnya bekorban dan kononnya ikhlas, tapi tersiratnya hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.
tiada apa yang dapat mehalangnya, kecuali Maha Pencipta.
Berdoalah kerana hanya itu jalannya.
sesungguhnya kita dan dia ada satu persamaan, kerana kesamaan itulah kita bukan lawannya...
kita semua hanya manusia yang dicipta oleh Maha pencipta...

Ya! semua yang berlaku ada penjelasannya.
dari mana dia bermula?.
kenapa dia menjadi begitu?.
adakah dia sedar antara pahala dan dosa?.
jawapannya cuma satu.
dia telah lama terluka dan terus terluka.
antara sedar atau tidak, kita turut sama menyumbang luka itu dengan tidak sengaja.
dia mengetahui jalan yang dipilih itu satu dosa, dia juga tahu menghindarnya beribu pahala. cuma sama macam kita dia juga manusia yang tidak sempurna dan banyak keterbatasannya...

tiada yang mampu menariknya keluar, kerana kita tak tahu membaca keikhlasannya.
kerana dia pelakon yang hebat.'

perlukah aku lari darinya dan menjauh..

'lari dan menjauh akan menambahkan lukanya,
sentiasa disisinya dan mendekat dia akan juga turut terluka'

fuhhh... buntu...
apa yang dia mahu,
apa yang dia perlu.

'apa yang dia mahu dan perlu, sama seperti apa yang kamu mahu dan perlu.
silapnya kita hanya inginkan dia yang berubah.
kita hanya mahu mengubahnya, kononnya menjadi seorang yang lebih baik.
kita sibuk menghitung kekejamnya, ketaksubannya, kesalahannya dan keburukannya.
kita sibuk mencari kenapa dia menjadi seperti itu.
kita sibuk mengandaikan "kalau itu dan kalau ini."
apa yang dah berlaku telah pun berlaku.
sejarah tak mampu kita ubah, walaupun masa boleh diputar.
kerana keputusan kita masa lalu adalah keputusan yang terbaik saaat itu. mengubahnya tak bererti masa sekarang ini menjadi yang lebih baik atau sebaliknya.
ajak dia sama2 berubah dan bina masa depan bersama-sama.'

Tuesday, May 6, 2014

Jodohku...

Sy ingin mencari Imam sy...
Yang sentiasa melabuhkan cintanya pada Ilahi...
Memimpin sy dan waris2 kami bersama2 ke syurga...
Mengajak dan mengajar sy utk patuh pd agama.
Mengejutkan sy bl sy terleka..
Merantai sy bila sy cuba lari dr fitrah.. 
Menjadikan sy bidadari syurganya...

AKU...
Tdklah semulia KHADIJAH,
Tdklah setawaqal AISYAH,
Tdklah setabah FATIMAH,
Tdklah sekaya BALQIS,
Tdklah secantik ZULAIKHA.
AKU hanyalah wanita akhir zaman yg punya cita2 menjadi istri yang SOLEHAH.. 

JIKA namanya yg tertulis di Lauhul Mahfudz utk diriku,nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dlm diri kita..
Tugasku bukan semata mencari dirinya,tetapi mensolehahkan diriku.
Wahai sesorg yg tlh tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku, & ayah dr anak2ku, engkau yg bersama2 dlm perjalananku nanti...
Aku percaya dan yakin kau sedang memperbaiki dirimu, membolehkan dirimu menjadi Imam bg tulang rusukmu dan buah hatimu kelak...

Jodoh itu Rahsia Allah...
Dia yg mènentukan segalanya...
KUN FAYA KUN...

~Hamba Allah yg sering terlupa dan ter
leka...

Tuesday, September 24, 2013

aku dan dia...



andai dia insan yang telah ditakdirkan untuk aku...
yang akan menjadi imam pd solat2 ku...
yang akan m'azan dan m' iqamah anak2 kami...
yang akan melindungi kami...

bolehkah dia menerima aku seadanya aku,
bolehkah dia tanpa pernah lelah menyayangi aku.

Ya Allah, andai aku adalah tulang rusuknya yang hilang,
kamu satukanlah kami dengan ikatan suci dan diberkati,

Ya Allah, andai dia jodoh yang telah ditentukan olehmu untukku,
teguhkanlah keimanan kami, permudahkanlah urusan kami...

sesungguhnya, Kau maha berkuasa dan maha mengetahui segalanya...

Monday, August 19, 2013

kita... (kamu vs aku, kamu dan aku)



kita terpisah dlm resmi dua dunia yang berbeza,
kita terpisah dlm resmi dua gaya yang berbeza,
kita terpisah dlm resmi dua rasa yang berbeza,
kita terpisah dlm resmi dua semangat yang berbeza.

tapi...
kita 1 dalam agama yang sama,
kita 1 dalam adat dan budaya yang sama,
kita 1 dalam bahasa yang sama,
kita 1 dalam mencari sesuatu yang sama...

aku percaya dengan apa yang aku percaya,
aku yakin dengan keyakinan yang nyata.

tahukan kamu perbezaan antara beribu bintang dilangit dengan kamu.
beribu bintang dilangit bersinar bercahaya untuk semua orang melihat hanya dimalam hari,
tapi kamu anugerah ilahi buat aku yang indah dan sentiasa bercahaya dihati aku tanpa mengira waktunya.

bunga ada waktunya layu, tapi cinta aku pada kamu sentiasa mekar kerana bajanya rindu...

Wednesday, May 15, 2013

titipan buatmu hubby kesayanganku...cinta abadi, jessica anastasya ft rizky nazar


Saat terdiam ku lihat satu senyummu
Tatap matamu buatku selalu tersenyum
Indah tingkahmu kuatkan selalu hidupku
Terbang bersama satu mimpi di hatiku lagi lagi lagi dan lagi

Saat ku tatap satu lugu di hatimu
Bahwa mimpiku akan selalu kepadamu
Biar ku petik satu bintang di wajahmu
Akan ku bawa terbang bersama hatiku lagi

Kan selalu di hatiku, kan selalu di hidupku
Kan selalu ada di jalanku, pikiranku, selamanya
Seperti nafasku yang tak akan terhenti
Aku kan ada, selalu ada untukmu

Meski dunia tak bisa untuk kembali
Namun cintaku selalu ada untukmu
Saat ku tatap satu lugu di hatimu
Bahwa mimpiku akan selalu kepadamu

Biar ku petik satu bintang di wajahmu
Akan ku bawa terbang bersama hatiku lagi
Kan selalu di hatiku (di hatiku), kan selalu di hidupku
Kan selalu ada di jalanku, pikiranku, selamanya

Seperti nafasku yang tak akan terhenti
Aku kan ada, selalu ada untukmu
Meski dunia tak bisa untuk kembali
Namun cintaku selalu ada untukmu
 
Selalu merekah namamu yang indah
Buat cinta abadi selamanya, untuk selamanya

aku bersabar menantimu...


Saturday, July 14, 2012

to my hubby 2...

Di sini aku coretkan kisah cinta kita...

kamu bukan yang pertama,
namun percayalah kamu yang terkini dan insyaallah dangan izinnya kamulah yang terakhir...

jangan biarkan hati kamu dilanda cemburu dengan kisah silam aku,
kerana kenangan kini hanya tinggal kenangan,
hari yang mendatang adalah lakaran baru kehidupan...

kita akan ukir dan bina kebahagiaan kita sampai akhirnya...

my hubby,
mengenali kamu anugerah bagiku.
menyintai kamu amanah bagiku.
menyayangi kamu kewajipan bagiku.
merindui kamu tanggungjawab bagiku.
bersama kamu adalah kemahuan, kerelaan dan kebahagiaan bagiku...

my hubby,
cintaku tulus dari hati,
menerima kamu seadanya kamu,

my hubby,
bersandarlah padaku disaat kamu perlukan kekuatan.
tidak aku janjikan kekuatan, tapi aku janjikan terus sama melangkah bersamamu...
pandanglah padaku disaat kamu perlukan pengertian.
tidak aku janjikan pengertian, tapi aku janjikan terus memberikan kepercayaanku...
datanglah padaku disaat kamu perlukan teman.
tidak aku janjikan teman, tapi aku janjikan sebuah kesetiaan dan pengorbanan...