Tuesday, March 20, 2012

bersediakah aku...

kini menghampiri bulan kedua...
aku tak mampu lagu untuk menterjemahkan rasa dan rahsia hati...
kamu tak jua muncul menjelma...
bayangpun entah kemana...

mungkin aku yang menaruh harapan yang terlalu tinggi...
mungkin aku yang terlalu mendesak...
mungkin aku perlu menunggu dengan lebih lama...
mungkin, mungkin, mungkin...

bersediakah aku untuk pasrah?...
bersediakah aku untuk redha?...

kamu?!...
dia?!...
siapa?!...

Monday, March 5, 2012

to my hubby....

telah lama aku menunggu kamu tidak juga muncul...
aku cuba dan terus tekad untuk memahami sekarang bukan masa yang sesuai...
sesuatu yang berlaku membuatkan aku terduduk lesu...
gelodak perasaan kini sukar untuk aku mengertikan...
kamu sudikah menerima aku seadanya aku...
dalam keresahan aku menanti kamu, aku dihimpit keresahan baru...
membuatkan aku menangis dalam tawa namun tak dapat
aku kongsikan dengan sesiapa...

senyum aku supaya orang disekeliling aku terus kuat berdiri...
kerana aku akan jatuh andai mereka rebah...

hubby,
setiap kali aku menyebut namamu,
ada sesuatu yang aneh dapat aku rasakan,

hubby,
aku hanya seorang wanita dan manusia yang banyak kelemahannya...
tidaklah sesabar mana dalam penantian ini...
walaupun tahu bukan masanya, tetap jua aku merayu semoga waktu itu cepat muncul...
tidak sanggup lagi aku rasanya bertemu dengan mereka2 yang lain yang bukan kamu...
tidak mahu aku perasaan ini terus diuji...
bimbang aku tidak cukup kuat untuk menghadapi ini sendirian...

hubby,
masa terus berlalu membawa semua rindu dan ketaksuban aku,
harapan aku juga turut pudar ditelan waktu,
walauapapun yang pasti tetap jua aku jaga dan bajai cinta aku untuk terus segar seiring dengan kedewasaan usia...