Monday, April 4, 2016

KAU PENCURI

- aku tak kisah siapa pun kawan aku, pencuri ke, perompak ke, apa pun agamanya itu hak mereka.
jahat atau baik itu cara mereka. kita tidak boleh terus menghukum mereka dengan penilaian kita terhadap mereka. sebab kita pun lompang sana sini, tiada manusia yang sempurna...

~ tapi, cari kawan yang baik untuk jadi baik. kawan boleh mempengaruhi kita. nanti kau akan terpengaruh.

- tengok! kita boleh menilai, tapi tidak menghukum. biar tersilap ampun, jangan tersilap hukum. aku kawan dgn kau dah lama tak der pun terpengaruh. sedangkan dah nyata kau tu seorang PENCURI.

~ WHAT?!... pardon me.

- kau tu pencuri, dah banyak kali kau curi hati aku, tapi aku tak curi hati kau. jadi... aku tak terpengaruh bukan.

Monday, February 29, 2016

DIA SEBENARNYA SEPERTI RESMINYA SIFAT SESUMPAH,

dia bukan seperti orang yang aku pernah kenal,
dulu...
dia seorg yang naif,
dia seorg yang tunduk,
dia seorg yang menurut,
dia seorg yang menyenangkan...
dia berubah menjadi sesorg yang cukup berbeza...
bertahun mengenalinya seolah-olah hanya dalam mimpi...

'dia tak pernah berubah, cuma antara mengenali dengan jelas atau sebaliknya. kerana dia seorg pelakon yang hebat... dia mengarahkan jalan ceritanya dan melakonkannya mengikut persekitaran. seperti sifat SESUMPAH.
DIA MUSUH DALAM SELIMUT.
DIA GUNTING DALAM LIPATAN,
DIA API DALAM SERKAM,
DIA SEMBILU YANG BERBISA, aman selagi tidak menyentuhnya, namun bila tersentuh ianya melumpuhkan semua yang ada.
dan bila dia menginginkan sesuatu, dia akan mendapatkannya.
betul atau salah jalannya itu bukan sesuatu, yang penting hasilnya.
hatinya telah lama mati, dia pelakon yang hebat.
kononnya mengalah, kononnya patuh, kononnya bekorban dan kononnya ikhlas, tapi tersiratnya hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.
tiada apa yang dapat mehalangnya, kecuali Maha Pencipta.
Berdoalah kerana hanya itu jalannya.
sesungguhnya kita dan dia ada satu persamaan, kerana kesamaan itulah kita bukan lawannya...
kita semua hanya manusia yang dicipta oleh Maha pencipta...

Ya! semua yang berlaku ada penjelasannya.
dari mana dia bermula?.
kenapa dia menjadi begitu?.
adakah dia sedar antara pahala dan dosa?.
jawapannya cuma satu.
dia telah lama terluka dan terus terluka.
antara sedar atau tidak, kita turut sama menyumbang luka itu dengan tidak sengaja.
dia mengetahui jalan yang dipilih itu satu dosa, dia juga tahu menghindarnya beribu pahala. cuma sama macam kita dia juga manusia yang tidak sempurna dan banyak keterbatasannya...

tiada yang mampu menariknya keluar, kerana kita tak tahu membaca keikhlasannya.
kerana dia pelakon yang hebat.'

perlukah aku lari darinya dan menjauh..

'lari dan menjauh akan menambahkan lukanya,
sentiasa disisinya dan mendekat dia akan juga turut terluka'

fuhhh... buntu...
apa yang dia mahu,
apa yang dia perlu.

'apa yang dia mahu dan perlu, sama seperti apa yang kamu mahu dan perlu.
silapnya kita hanya inginkan dia yang berubah.
kita hanya mahu mengubahnya, kononnya menjadi seorang yang lebih baik.
kita sibuk menghitung kekejamnya, ketaksubannya, kesalahannya dan keburukannya.
kita sibuk mencari kenapa dia menjadi seperti itu.
kita sibuk mengandaikan "kalau itu dan kalau ini."
apa yang dah berlaku telah pun berlaku.
sejarah tak mampu kita ubah, walaupun masa boleh diputar.
kerana keputusan kita masa lalu adalah keputusan yang terbaik saaat itu. mengubahnya tak bererti masa sekarang ini menjadi yang lebih baik atau sebaliknya.
ajak dia sama2 berubah dan bina masa depan bersama-sama.'