
assalamualaikum...
sejak hari itu...
lenaku tak seenak sebelumnya...
puas aku pujuk mataku supaya terpejam namun tetap ia membeku...
walaupun malam semakin kelam...
lampu telah terpadam...
ia tetap segar memandang...
badan sudah lesu seharian meneruskan xtvt kelangsungan hidup...
malamku rehat terganggu...
mindaku jauuh menerjah bayang...
aku tidak mahu hari ini berlalu...
takut untk menghadapi hari esok yang tak pasti...
debaran menantikan keputusan dan kedatangan kamu membuatkan jantung ini berdegup kencang...
kadang-kadang susun galur nafasku tidak lagi sekata dan teratur...
mencari xtvt untuk mengundang ngantuk namun yang datang hanya letih dan lemah...
mataku kenapa kamu terlalu degil untuk lelap...
tidakkah kamu kasihan dengan keadaan badanku yang semakin lemah...
santapku tak seselera selalu...
aku suka makan...
namun kini walaupun lapar menjengah aku tetap tidak mampu menolak makanan itu melalui kerongkongku...
tapi mandiku tetap basah...
semuanya kerana hati... hati ini terlalu resah dan gelisah...
semuanya kerana perasaan... perasan ini berbaur celaru...
Ya Allah...
lapangkanlah hati ku menanti dan melalui detik-detik ini dengan sabar dan redha...
kalau fatihah mahu laskar cinta 2, saya boleh emailkan kepada anda.
ReplyDeleteregards
zharif